Saturday, July 28, 2012

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M)

Saturday, July 28, 2012



 


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara 

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada kadar, terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. Fasa pertama KADS1M akan diedarkan kepada pihak IPT pada pertengahan bulan September 2012.
Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KADS1M
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).


Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KADS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KADS1M)
1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.
2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KADS1M
1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.
2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.
 
SOALAN LAZIM

1.Apakah tujuan KADS1M diwujudkan?
KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
2.Siapakah yang layak mendapat KADS1M?
Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.
Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.
Contoh:
KementerianContoh IPT
KPDNKKMaktab Koperasi Malaysia (MKM)
KPTUniversiti Malaya (UM), Politeknik
KSMInstitut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
KKLWKolej Poly Tech MARA (KPTM), UniKL, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Professional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), German-Malaysian Institute (GMI), GIATMARA, Kolej MARA
KPMInstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
3.Berapakah berapakah bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan KADS1M?
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia
Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian / kad yang hilang.
4.Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?
Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KADS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa dan Tahun Tamat Pengajian).
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.
Carta alir penyaluran KADS1M ialah seperti berikut:

5.Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KADS1M?
Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.
6.Apakah syarikat yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?
Maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun boleh disemak di www.1pengguna.com/kads1m
7.Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KADS1M dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?
Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing.
Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KADS1M
Syarikat yang menyertai KADS1M akan dilibatkan dalam program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh KDPNKK dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
8.Bagaimanakah syarikat-syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?
Syarikat yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya
Carta alir penyertaan syarikat ialah seperti berikut: 

 
Senarai Kedai Yang Boleh KADS1M Digunakan
BUKU DAN ALAT TULIS
  1. MPH BOOKSTORES
  2. IMLAQ BOOK CENTRE
  3. BORDERS
  4. RONA
  5. KIANG TRADING
  6. KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD
  7. KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
  8. KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD
  9. K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD
  10. KMK RESOURCES SDN. BHD.

KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN          
  1. BATA
  2. KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD
  3. TEXLINE LINO
  4. PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS)

KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
  1. POLIKLINIK AN-NISA'
  2. QUALITAS HEALTH
  3. FOCUS POINT
  4. MENARA OPTOMETRY

MAKANAN DAN MINUMAN
  1. KFC
  2. DAILY FRESH
  3. A&W
  4. COFFEE BERRY
  5. THE CHICKEN RICE SHOP
  6. RESTORAN KENNY CRAB
  7. SWEET CHAT
  8. LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE
  9. DUBU DUBU SEOUL FOOD
  10. MY JAVA COFFEE
  11. PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL
  12. STATION ONE PRODUCT
  13. GLORIA JEAN’S COFFEES
  14. BANGI KOPITIAM

PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN
  1. ANCASA HOTELS & RESORTS
  2. ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR
  3. ANCASA ALLSUITES RESORT & SPA PORT DICKSON
  4. JEREJAK RAINFOREST RESORT PENANG
  5. ANCASA EXPRESS PUDU
  6. TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD
  7. LEO EXPRESS HOTEL
  8. KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD
  9. KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD
  10. KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD
  11. KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD
  12. RAKYAT TRAVEL SDN. BHD.
  13. RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS SDN BHD (RAPID KL)

SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN
  1. FOOT MASTER
  2. PARIS HILL
  3. PROACTIV
  4. CLARA
  5. KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD

PRODUK IT
  1. KOPERASI CELCOM BERHAD
  2. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD
  3. IFAMILY

LAIN-LAIN
  1. BKZ BIKERZ
  2. ROLLER STAR ARENA
  3. DOUBLE SITE
Sumber

Written by

| 92's Borner | Picture, Video and Audio Editor | Designer | Can Acting | Freelance | Single BUT NOT AVAILABLE |

Comments
0 Comments

0 analysis:

Post a Comment

Translate This Page

Google+ Badge

 

© 2014 Adli Shinichi. All content is copyright unless the source is included. Powered by AdliShinichi

Back To Top